Friday, July 01, 2011

TaHu MaLu...

Salam semua pembaca setia.
Hari ini mahu kongsi cerita
dengan kamu semua.
Nak baca? Jom...

Okey,
sekarang ni setiap petang
lepas saya mengajar dari jam 2.30-5.30
kelas fardhu ain (sekolah agama petang),
saya akan ajar mengaji pula.
Menyemak bacaan dan membetulkan
kesalahan tajwid.
Alkisahnya,
sebelum ini saya hanya ajar dua orang sahaja.
Sekarang sudah bertambah lagi.
Ni nak cerita tentang seorang budak ni,
namanya Mubin.
Saya ingat umurnya 8 tahun
rupanya sudah 9 tahun.

Setiap kali mengaji,
mesti dia akan menangis.
Padahal saya tak rotan pun.
-Sebelum ni memang saya agak rajin merotan.
Saya cuma tinggi dan besarkan suara sahaja.
Mungkin dia takut dengar suara saya. Mungkin.
Sudah dua kali saya mengajar,
dia mesti menangis.
Kali pertama dulu saya pujuklah,
saya cakap dengan dia
sampai bila tak pandai baca Al-Quran?
Kalau susah, sebab tulah kita belajar.
Balik rumah,
mesti ulang balik bacaan okey. Saya pesan.

Semalam-Khamis,
dia menangis lagi.
Saya tanya, kenapa?
Dia diam.
Dah lama tu saya ribakan dia,
lepas tu saya tanya lagi,
kenapa Mubin menangis?
Lepas tu dia cakap perlahan,
malu.
Saya katakan lagi,
Mubin kena pandai baca Al-Quran.
Kawan-kawan lain semua dah naik
Al-Quran, sampai bila Mubin nak baca Iqra'?
Oh ya, dia masih lagi di Iqra' 2-amat
merisaukan saya sebenarnya.
Saya pesan lagi,
Mubin kena pandai baca Al-Quran.
Mubin lelaki,
macam mana nak jadi imam?
Mubin kena buktikan dengan ustaz
yang Mubin tak bodoh, boleh?
Dia angguk dan tersenyum.

-AlQuran, mukjizat teragung dan petunjuk sepanjang zaman!

Di sudut hati kecil saya,
saya doakan dia mengerti.
Moga dia mudah dan lancar membaca
selepas ini.
Bukakan hati mereka agar mudah
menerima ilmu yang saya kongsikan... ^^

4 comments:

  1. moga mubin dah tak malu lagi..
    *malu perisai orang beriman...

    ReplyDelete
  2. -Moga2. Juga tidak menangis lagi...

    ReplyDelete
  3. heheh Mubin2. takpe nnt kalo mubin dah besr mesti mubin teringt waktu kecil die nangis nak bc quran. smoga mubin Pandai baca quran dan leh jadi imam satu hr nnt :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails