Wednesday, March 03, 2010

cERpEN-NiLai kEinsAfAN iNi~

Dia tidak tahu di manakah dia berada sekarang. Tiba-tiba dia berada di situ. Sekelilingnya dihiasi dengan ayat-ayat suci Al-Quran yang pernah dilihatnya sewaktu kecil. Ketika dewasa ini tidak pernah langsung disentuhnya tafsir Al-Quran apatah lagi mashaf Al-Quran sendiri. Hidupnya hanya dikelilingi wanita-wanita murahan yang cantik pada pandangan mata lelakinya. Disko-disko dan kelab malam hampir semua sudah dimasukinya. Air arak pula seperti sudah sebati dalam dirinya.

Kehidupan di dunia bagaikan syurga buat lelaki ini. Berpesta dan bersuka ria bersama wanita yang tidak tahu apa itu harga diri. Terperangkap bersama mainan cinta lelaki durjana itu. Hanya tahu mempermainkan perasaan wanita bodoh yang sentiasa bersama lelaki yang tiada arah tujuan hidup ini. Begitulah hidup lelaki yang tidak mengenali siapa bapanya. Aiman Nazwan, lelaki yang hanya mengetahui ayahnya sudah tiada di dunia ini sedangkan ayanhnya sibuk mencari pemilik nama Aiman Nazwan itu.

Selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia , Aiman Nazwan bekerja di kilang dan hidup bersama rakan-rakan di rumah bujang. Emaknya ditinggalkan di kampung bersama adik perempuannya yang masih berusia lima belas tahun. Di kota metropolitan inilah segala-galanya bermula. Perkenalan dengan seorang anak tokoh korporat menyebabkan dia lupa asal usulnya. Segala yang diingini akan dimilikinya sekelip mata apabila dia bercinta dengan Natasha, anak Datuk Kamarul, tokoh korporat tanah air.

Terpaksa mencintai wanita itu walaupun hati mengatakan tak nak! Kalau tidak mencintai wanita itu, di mana lagi dia akan mendapatkan wang lebihan sara diri untuk membiayai kehidupannya di kota global itu yang tentunya diklasifikasikan dengan sara hidup yang tinggi. Apabila mengenali Natasha, Aiman Nazwan sudah mengenali disko dan tentunya setiap malam dia akan ke situ.

Kilauan lampu berwarna-warni yang mengiringi muzik sentimental di disko itu mendamaikan hatinya. Terasa segala masalah beterbangan apabila berada di situ dan mendengar lagu yang sedang dimainkan.

“Sha… kita sewa bilik malam ni.”
“Kenapa honey? Kita balik lah…” dalam lenggok mengada-ngada Natasha menjawab.
“Malam ni aje sayang…” Aiman Nazwan menggoda lagi.
Dipesannya lagi air arak. Entah sudah berapa botol diteguknya. Natasha turut serta mengikut kelakuan lelaki itu.
“Tauke, bagi kunci.” Aiman Nazwan meminta kunci bilik kepada pemilik kelab malam itu.
“Satu malam selatus lima puluh ma…” jawabnya dalam telor cina.
“Okey… okey…” Aiman Nazwan mengeluarkan tiga keping not RM50.
“Tasha, jom… Nak tidurlah.”

Natasha hanya membontoti langkah lelaki itu kerana terlalu mabuk. Aiman Nazwan membawa Natasha ke bilik yang sememangnya gelap di tingkat dua kelab malam itu. Kerana penangan air setan itu, kedua-dua manusia ini terlena tidak sedar apa-apa. Aiman Nazwan tersedar pada pukul tiga sepuluh minit. Dilihatnya wanita itu nyenyak tidur.

Wanita yang bernama Natasha ini tetap tidak sedar apa yang sedang berlaku. Lelaki itu semakin ghairah dengan nafsu jahat yang mula menguasai dirinya. Adegan demi adegan rancak ‘dilakonkan’. Setelah puas melakukan kerja terkutuk itu, diselimutnya wanita itu. Dua orang lagi manusia tersesat ke lembah hina. Dasar lelaki sial! Berhati binatang! Hidup hanya tahu menyusahkan orang!

Malam esoknya dengan perempuan lain pula. Begitulah hidup lelaki ini. Kaki perempuan! Banyak perempuan rosak kerananya. Tanpa ikatan yang sah, habis semua dinodainya. Ada juga perempuan yang merelakan diri sendiri, sanggup membuat kerja terkutuk itu. Akibat kurang didikan agamalah, hidupnya terpesong sebegitu. Sehinggalah pada suatu hari dia memandu dalam keadaan mabuk.

Tanpa disedari, lampu samar-samar dilihat dari arah bertentangan. Lori enam tayar merempuhya yang baru balik dari kelab malam di Kuala Lumpur . Lelaki itu terus dibawa ke hospital dan kini dimasukkan di wad ICU. Kini, lelaki yang bernama Aiman Nazwan berada di satu tempat yang memang dia tidak tahu apa namanya. Ada permaidani putih di situ. Di samping permaidani itu, ada mimbar berdiri teguh yang bewarna keemas-emasan. Dikelilingnya ayat-ayat suci Al-Quran menghiasi sebuah bangunan besar yang sungguh indah, cantik dan unik.

Aiman Nazwan hanya berdiri melihat perlakuan manusia yang berada di situ. Semuanya berjubah putih lengkap berserban sedang rukuk seia sekata menghadap satu arah. Aiman Nazwan terus memerhatikan manusia-manusia itu sujud pula sehingga selesai memberi salam. Aiman Nazwan tertanya-tanya apakah perlakuan yang dilakukan oleh mereka semua pada waktu itu. Memang tidak diketahuinya.

‘Aku di mana sekarang?’
‘Kau tak tahu?’
‘Aku takut lah sial!’
‘kau nak takut apa? Kau kan dah biasa buat dosa… Apa kau nak takut?’
‘Kau ni siapa ha? Setan!’
‘kau tak perlu tahu siapa aku. Yang perlu kau tahu, kau daripada benihku.’
‘Takkan kau bapaku? Aku mana ada bapak! Bapak aku dah mati!’
‘Biarlah bapak kau dah mati ke, hidup ke, Cuma satu pesananku… bertaubatlah segera nak…’
‘Aku sekarang kat mana?’
‘Ini Masjid Nabi nak… itu dia makam Nabi Muhammad. Kau tak ziarah? Ini pula namanya Raudhah. Kau patut berbangga kerana dapat juga kau jejakkan kaki ke sini. Kita hanya sementara sahaja di sini nak… carilah bekalan untuk kehidupan yang abadi nanti.’

Lantas, lelaki berjubah putih lengkap berserban itu terus hilang dari pandangan Aiman Nazwan. Dia masih tertanya-tanya lagi di mana Masjid Nabi itu? Siapa Nabi Muhammad? Kenapa aku ada di sini? Aku tak paham kenapa denganku! Apa sudah jadi dengan dunia ini? Sudah kiamat ke? Aku teringin berjumpa dengan ibu bapaku. Betul ke tadi bapaku? Aku memang tak pernah tengok muka bapaku…

Di wad ICU, Mak Jah membaca ayat suci Al-Quran daripada Surah Yasin satu persatu dengan lancar. Dia amat terkejut mendengar berita bahawa anak kesayangannya kemalangan dan kini dimasukkan di wad ICU. Kerana kasihnya seorang ibu, dia bergegas dari Johor Bahru ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia semata-mata untuk melihat keadaan Aiman Nazwan yang kini sudah pun sepuluh hari tidak sedarkan diri. Sudah sepuluh hari juga Mak Jah berkampung di hospital itu.

Kini, Aiman Nazwan berada di sebuah tempat yang gelap gelita. Dia berjalan seorang diri. Tanpa bantuan satu cahaya pun dia tetap berjalan merentasi tempat itu. Tidak tahu di manakah dia berada. Keinginannya hanya satu, untuk mencari air menghilangkan dahaga. Dia berjalan dan terus berjalan sehingga ternampak satu cahaya yang sangat terang. Dia terus berlari menuju ke tempat yang bercahaya itu.

Sampai sahaja, Aiman Nazwan terkejut melihat cahaya yang terang itu rupanya api yang sedang menjulang tinggi. Di samping itu kelihatan air yang sedang menggelegak. Tidak dapat ditafsir apakah warna air yang sedang menggelegak itu. Mahu tidak mahu, dek kerana haus yang amat sangat, Aiman Nazwan terus minum air itu. Sesungguhnya air itu tidak rasa apa-apa dan sangat panas airnya sehingga menyebabkan Aiman Nazwan menjerit sekuat hati sehingga tidak kedengaran lagi suaranya kerana air itu terlalu panas dan sangat menyakitkan tekaknya. Terasa seperti mahu putus sahaja anak tekaknya waktu itu.

Dalam masa yang sama, kedengaranlah satu suara. ‘Itulah air dari api neraka. Penghuni neraka itu akan dihidangkan dengan air yang sungguh panas dan menggelegak dan makananya ialah buah zaqum. Inilah balasan bagi mereka yang lalai ketika di dunia’. Aiman Nazwan mencari-cari arah suara itu tetapi dia tidak dapat mengagak dari manakah arah suara itu datang.

Suatu subuh yang hening, sedang Mak Jah membaca surah yasin, sayup-sayup kedengaran namanya dipanggil, “mak… mak…”, ditolehnya ke belakang. Mungkin anak perempuannya memanggil. Suara itu kedengaran lagi. Mak Jah melihat insan yang berbaring di atas katil pula. Alangkah sayu hatinya apabila lelaki yang berada di atas katil itu telah sedar dari koma yang panjang.

Hanya luahan kesyukuran yang terbit dari bibir Mak Jah kerana anaknya, Aiman Nazwan telah sedar dari koma berminggu-minggu. Mak Jah dapat merasakan keistimewaan Surah Yasin kerana selama anaknya koma, dia tidak henti-henti membaca kalimah suci itu. Tidak tergambar rasa syukur di hatinya kerana anaknya telah sedar dari koma yang seakan-akan mematahkan semangatnya untuk melihat anaknya terus hidup. Namun doktor-doktor di situ memberinya semangat agar terus berusaha kerana mungkin sesuatu keajaiban berlaku kerana manusia hanya bisa merancang tetapi yang Di Atas lebih berkuasa.

Bulan rejab 1425 Hijrah sungguh bermakna buat Mak Jah kerana Aiman Nazwan sudah pulih sepenuhnya akibat kemalangan yang hampir meragut nyawa anak kesayangannya itu. Mak Jah juga turut bernazar untuk menunaikan umrah bersama-sama Aiman Nazwan sekiranya anaknya sudah sihat seperti sedia kala. Mereka akan pergi pada bulan ramadhan yang akan menjelma tidak lama lagi.

27 sya’aban tahun itu memberi 1001 sinar kepada Mak jah dan Aiman Nazwan kerana mereka akan berlepas untuk menunaikan umrah. Adik tiri Aiman Nazwan juga turut serta untuk merasai ramadhan tahun itu di tanah suci Makkah Al-Mukarramah. Aiman Nazwan terasa begitu tenang ketika menaiki pesawat untuk melaksanakan ibadah yang selama ini telah lama ditinggalkannya.

Peristiwa demi peristiwa yang berlaku ketika dia koma menyentak kembali mindanya ketika menjejakkan kaki di Bandar cahaya Madinah Al-Munawwarah. Terbayang lelaki tua yang ditemuinya di Masjid Nabi suatu ketika dahulu. Kini, dia sudah pun memijakkan kaki di masjid Nabawi dengan azam baru bersama linangan air mata yang mengiringi solatnya. Dia bertekad untuk menjadi hamba allah yang soleh dan anak yang taat. Dalam hatinya dia berdoa, ‘semoga taubatku diterima Allah…”.

NUKILAN ABADI,
AQIL HAKIMIN @ AMIR BATRISYA

5 comments:

  1. sungguh adikku ini berbakat
    dan sungguh banyaknya nama dia

    ReplyDelete
  2. terima kasih...
    AQIL HAKIMIN-nama dalam bidang penulisan~
    doakan supaya dapat kembali semula ke dunia penulisan...

    ReplyDelete
  3. jom tukar kos, amek kesusasteraan.. hahaha.. sangat puitis ;)

    ReplyDelete
  4. best cerpen ni..nanti bukukan k..

    ReplyDelete
  5. sgT menarik....i also hav a short novel..tp separuh jalan ja..nmpaknyerr minat kterr makin banyak yg serupa nihh..hehehheh..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails