Wednesday, March 03, 2010

tEntANg LeLaki iNi dAN dARaH~

En Ahmad Zainuddin~

pagi ini perjalananku bermula,
dengan menemu ramah En. Ahmad,
beliau merupakan ketua jabatan sejarah,
juga pensyarah sejarah asia tenggara,
temu ramah ini merupakan tugasan,
untuk subjek english 4 communication II,
terima kasih En. Ahmad,
kerana memberi kerjasama yang sangat baik...


bercerita tentang beliau,
kagum rasanya....
beliau bercita-cita untuk menjadi
jurnalis perang,
kerana dilahirkan saat perang Vietnam meletus,
tidak pernah terlintas untuk menjadi pensyarah pun,
namun usaha gigihnya,
akhirnya hari ini beliau dalam proses
untuk mendapat PhD,
minggu depan beliau akan ke universiti Oxford,
untuk membentangkan kertas kerjanya,
cuma menunggu pengesahan daripada senat UM,
maka En. Ahmad akan mendapat PhD,

Dr. Ahmad Zainuddin Husin,
apapun, amir doakan yang terbaik,
teruskan langkahmu melakar kejayaan...



selesai tugasan pertama,
kaki dilangkah menuju ke gedung ilmu,
hari ini ada derma darah,
teruja benar tatkala ini merupakan,
kali pertama untuk mendermakan darah,
selama bernafas sejak dilahirkan,

nurse yang baik hati~

syukur alhamdulillah,
segalanya berjalan dengan lancar,
darah amir jenis O,
hanya boleh menerima darah jenis yang sama,
tapi boleh menderma kepada semua jenis darah,
moga dapat dimanfaatkan sebaiknya....


wan~

apiz~

syukur,
minggu ini agak tenang,
daripada minggu lepas yang macam bencana,
ALLAH permudahkan segala urusan,
moga diri ini dapat memanfaatkan masa
dengan sebaiknya,
peringatan untuk anda dan juga diri ini,
tingkatkan amal, sentiasa bersyukur,

moga baik-baik saja....

3 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails