Sunday, March 21, 2010

tEntANg nEgERi d baWaH bAYu~


setelah agak lama menyepi,

hari ini amir kembali,

bersemangat,

gigih,

mahu mencoret di laman sepi,

dalam perjalanan kehidupan,

MENJEJAK keDEWASAan ini....


biarlah,

apa org mahu cakap,

mulut mereka....

mungkin mereka takkan mengerti,

memang mereka takkan sanggup,

katakan amir gila,

dah tak betul,

tatkala amir berlepas ke negeri di bawah bayu,

dengan menggunakan duit sendiri,

biarlah....

biarkan AK 5108 jadi saksi,



demi sayangnya pada debat,

debat ialah duniaku,

mereka di luar sana tak pernah mahu tahu,

takkan pernah untuk faham,

mungkin terasa berat mahu keluarkan duit,

tapi inilah pengorbanan,

biarkan....



apalah sangat nilai wang itu,

tatkala yang lebih berharga,

ialah kenangan dan pengalaman,

benar,

kenangan dan pengalaman inilah

sebenarnya guru terbaik untuk kita,

untuk membina sebuah kehidupan

yang jauh lebih bahagia,

harganya tidak mampu dijual beli,

kenangan dan pengalamanlah yang mematangkan kita,

mengajak kita untuk menghayati masa lalu,

menoleh seketika ke belakang,

belajar dari kekhilafan lalu,

menginsafi dan terus mensyukuri,

siapalah kita yang mahu mendabik dada,

hanya sekadar insan biasa,

yang kerdil lagi hina,

di mata Sang Pencipta alam buana.....



bayu yang berpuput lembut,

di tanjung aru,

mendamaikan,

menenangkan,

terasa akrabnya persahabatan,

kukuhnya ukuwah,

ikatannya erat,

bagai adik beradik,

yang bisa berkongsi,

segenap rasa dan segala-galanya,

pahit, manis, derita, gembira, ceria,

setiap inci perasaan,

bagai mengalir dalam seluruh tubuh kita,

apabila kita lalui bersama,

kenangan dan pengalaman itu,

terima kasih kerana berkongsi denganku,

abg baehaqie

kak nadia

kak fazila

noraini munawar



mereka yang turut mengalir roh perdebatan

di bumi kandung suluh budiman

kak noraini ahmad

abg radzi

abg kadir

abg faizal

abg fawiz

abg kama

abg kaza

abg joe

juga mereka yang turut sama berjuang

dalam dunia debat yang kita cintai ini,

benar,

kita sahaja yang tahu,

kita sahaja yang mengerti,

dan memahami,

mereka yang diluar sana,

tidak pernah merasai

nikmat ukhuwah

yang kita jalinkan

mahabbah, mawaddah,

mengharap mardothillah

hingga negeri akhirat.....



TERIMA KASIH BUAT SEMUA~

3 comments:

  1. Ya.. Amir teruskan perjuangan Amir dlm dunia debat ini. Sebenarnya Amir adalah antara permata dlm KDBM UPSI. Jgn biarkan mereka memadamkan kilauan sinar Amir yg semakin bercahaya itu. Pedulikan kata-kata nista itu.
    Yang pasti, kami ada di belakang mu.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails