edisi varsiti Berita Harian-02 September 2010
~BONDAKU SATU ANUGERAH~
Bondaku permata di jiwa
Pengubat hati lara nestapa
Pembakar semangat marak membara
Penyuntik inspirasi menjejak dewasa
Membisikkan doa penuh setia,
Bondaku satu anugerah
Biar denai hidup
Dilalunya amat payah,
Dia hanya tahu untuk bertabah
Dia hanya mengerti untuk berserah
Dia sesekali tak pernah menyerah
Kerana bondaku insan gigih berkudrat gagah,
Bondaku permata di dasar hati
Sinarnya berkilau bagai pelangi
Mewarnakan aku menjadi insani
Mencorakkan aku menjadi manusiawi,
Selangi nadiku tidak terhenti
Akan terus kudendangkan
Senandung doa ke langit tinggi
Lambang kesyukuran
Yang takkan mati
Kerana bondaku satu anugerah.
NUKILAN HATI,
AMER RIDZUAN
UPSI, Tanjong Malim.
~SEMPENA ULANG TAHUN KELAHIRAN BONDA YANG KE-50~
tahniah!
ReplyDeletehadiah istimewa buat bonda.
syukran....
ReplyDeletebingkisan teristimewa buat beliau~