Monday, September 27, 2010

ciKGu oh ciKGu~


setelah mendapat jemputan
daripada En. Ariff Mohamad,
patang tadi saya ke rumah beliau.
pesannya,
'undangan datang ke jamuan raya biasa2 saja...'
jadi dlm 6 lebih saya pun ke rumahnya.

macam mana saya kenal En. Ariff?
hm, beliau pensyarah bahasa,
sedangkan saya bakal guru Sejarah...
aah kan..??
hm, ceritanya saya kenal beliau,
semasa kem penulisan kreatif
dan bengkel penulis muda
di library UPSI sem lepas.
selepas itu,
saya sering bermesej dan menelefon beliau,
bertanya tentang karya
dan cerita penulisan manuskrip.
kiranya beliau ni mentor sayalah
dalam bidang penulisan...
terima kasih daun keladi encik..!!

sampai sahaja rumahnya,
hanya ada abg2 dan kakak2 sem 7
yg xberapa saya kenal.
mungkin sy cuma kenal
Abg Amin MPP sahaja.
saya hanya makan laksa,
dan nasi impit+rendang dan kuah kacang.
oh ya,
kedatangan saya
cuma ditemani Shahrul,
student sem 1 Geog
yg saya kenal masa MSK dulu...

ok, bukan itu yang saya mahu cerita.
semasa makan,
ada seorang wanita berbaju kurung
dan bertudung hijau warna sedondon
mahu keluar rumah.
dibawanya sekali anak kecil En. Ariff,
Imran Firdaus, setahun 5 bulan umurnya.
eh, ade barang tertinggal!
jadi,
wanita itu masuk semula ke bilik
di tingkat bawah rumah itu.
saya amati betul2 wajahnya,
mcm saya kenal!

saya terus tanya En. Ariff,
siapa nama isteri encik?
Norhayati.
sah, betul!!
encik, saya rasa isteri encik cikgu saya.
dulu dia ada mengajar di Hulu Langat kan??
ha, yela SKTAAM.
awak sekolah situ ke dulu?
yela encik...

kecilnya dunia!!
selepas isteri En. Ariff balik,
saya terus beritahu
yg saya anak muridnya dahulu...
biarlah kalau dia tak pernah kenal
saya sekalipun,
saya beritahu yg saya belajar
kajian tempatan dengannya
semasa tahun 4, sebelas tahun dulu.
saya beritahu juga,
satu perkara yg saya ingat
tentang Cikgu Yati ini,
tulisannya sangat cantik!

masa saya beritahu
yang saya muridnya dahulu,
dia menjerit kecil.
ah, tuanya saya!!
murid saya pun dah jadi cikgu...
saya tahu dalam hatinya
pasti ada sekelumit perasaan terharu
bersulam bangga.

sejujurnya,
saya masih ingat lagi guru2
yang pernah mengajar saya
dari tahun satu dulu.
tak mungkin saya akan lupakan mereka,
kerana mereka antara manusia
yang menjadikan saya seperti hari ini.


Cikgu Normah-guru kelas tahun 1,
main conteng2 muka guna pen marker.
ah, masih segar lagi di ingatan saya..
Cikgu Sarimah-guru kelas tahun 2,
guru matematik yg sangat garang!
sebelum mula kelas,
pasti ada congak!!
jadi, semua pelajar score subjek math masa tu..
Cikgu Norliza-guru kelas tahun 3,
tak banyak kenangan bersama beliau...
Cikgu Noriah-guru kelas tahun 4,
bila jumpa sekarang ini,
syukur dia masih lagi ingat pada saya...
Cikgu Mahani-guru kelas tahun 5 dan 6,
cikgu sorang ni bila jumpa sekarang,
dah macam kawan borak.
macam2 cerita kalau kami berjumpa...
tapi sekarang beliau sudah pindah di Klang.
ini baru kisah meraka
yang pernah menjadi guru kelas saya,
di sek rendah.
belum cikgu2 subjek lain,
ustaz dan ustazah di sek rendah,
dan juga mua'lim mua'limah
sek menengah dn tingkatan 6.

yang pasti,
mereka tetap dalam ingatan saya.
kerana saya yakin,
jika saya tidak berjaya seperti orang lain,
jika saya tidak hebat seperti orang lain pun,
tapi cikgu2 saya ini
antara mereka yang menjadikan saya
seperti hari ini...
alhamdulillah,
mungkin berkat ilmu mereka...
moga mengalir untuk generasi seterusnya~

hakikatnya,
isteri En. Ariff rupanya
guru saya semasa sek rendah dulu...
saya bangga akan menjadi seorang cikgu~

p/s: kisah guru2 anda pula??

3 comments:

  1. oh, sayer ader niat nak bercerita tentang cikgu sayer juge.. cikgu matematik dri darjah 1-form 5 dan kesan nye kepada saya.. heheheheh.. tp entah, x tau bila.. nanti laaaaah..

    ReplyDelete
  2. baik2...
    saya akan tunggu entri tersebut~
    ngeh3

    ReplyDelete
  3. dunia ini mmg kecil...
    sangat kebetulan kan. seronok :")

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails