Monday, December 20, 2010

mAskuLiN~

salam semua.
hurm, saya nak cerita
tentang kawan lelaki di sini.
kami ada sepuluh orang semuanya.
saya sebilik dengan Syafie dan Hafiz.
bilik 251, Arif Bazli, Fakhruddin dan Salehuddin.
sebilik Khalil pula, Al-Ghazali dan Shamsul Arif.
Al-Khaliq sebilik dengan urus setia, Syukeri dan Hanif.

mengenali mereka,
memang macam-macam ragam.
keletah mereka pula kadang-kadang
mengingatkan kepada orang yang saya pernah kenal.
contohnya, Hafiz ni muka dia macam Hanafi-kawan sekelas Sejarah.
Arif Bazli pula, mukanya ada iras-iras Aliff-kawan baik saya.
wajah dan lagak Syukeri si urus setia
pula seperti Abg Zaini Buzzy!
hurm, banyak orang banyak ragam...

bukan apa cuma nak cerita tentang Syafie.
teman sebilik saya.
sebelum bergerak semalam,
ketika masih di DBP-
sombong sangat gaya budak ni!
bila dah kenal,
saya terus terang kepada dia.
beritahu yang lagaknya memang agak sombong semalam.
sebelum sesi suai kenal,
dia ada bercerita tentang novel yang tengah ditulisnya.
dia menulis tentang seorang wanita
yang dia pernah suka-jatuh cinta!
tapi, cintanya tidak berbalas.
masa sesi suai kenal,
dia ceritakan perkara yang sama
kepada semua peserta dan fasilitator.

oh, ya sekarang dia masih belajar di UNIKL,
jurusan robotik.
katanya semasa sesi suai kenal,
dia lebih sanggup bercinta dengan robot berbanding manusia.
apalagi, ketawalah semua!
lepas tu, dia sering dijadikan bahan usikan para fasi.
si penulis romantisme! aha.
mungkin penulisan begitu adalah kecenderungannya...
kadang-kadang kelakar juga budak ni!

pagi tadi masa bersiap,
dia sempat bercakap dengan saya.
'gaya kau ni maskulin lah Mir.'
saya terkaku seketika.
tak tahu mahu kembang punggung atau apa.
saya rasa dia berlawak-lawak pagi!
hurm, macam-macam lah si Syafie ni...

p/s : maaf, tiada gambar.

2 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails