Tuesday, December 14, 2010

PiLiHaN & iMpiAN...!

sebelum bergerak ke Gua Musang
-rumah abg Baehaqi [Incik Bae],
sewaktu tunggu abg Eddy dan abg Bob,
Incik Bae sempat tanya saya.
IB: Amir memang tak boleh pergi ke royal [debat diraja] ni?
tak boleh lah bang. clash. kalau tak dah lama pergi.
IB: besar ke hadiah dia nanti?
ni bukan pertandingan la. bengkel.
nak bagi pendedahan kepada penulis muda.
kalau tak clash, memang dah pi royal dah.
IB: oh yeke. hurm...

pertanyaan malam tu membuatkan
saya serba salah.
ish, sukarnya nak buat pilihan kan!
debat diraja atau minggu penulis remaja?
hakikatnya saya dah pun buat keputusan...
saya sayang kedua-duanya!
debat dan penulisan saya sayang.
oh, memang payah jika mahu memilih,
lagi2 kedua-duanya kita sayang!
apa pun saya tekad.
tetap memilih minggu penulis remaja,
saya anggap inilah sahaja peluang yang saya ada.

malam tu terus saya sms kawan baik-
'sungguh, saya tetap cinta debat
kerana ia banyak mengajar saya tentang
CITA. CINTA IMPIAN. & HARAPAN!
saya juga yakin rezeki ada di mana-mana.
tahun depan masih ada masa lagi untuk debat
tapi kursus ini, saya tak sanggup nak lepaskan peluang.
kerana mungkin peluang ini hanya datang sekali.
saya doakan yang terbaik untuk kalian semua...!
terus berjuang...'

esoknya sms dibalas-
'percaturan ini kita yang rancang,
hasilnya, tetap yang di atas tentukan...
saya gembira atas keputusan kamu ke MPR,
kerana saya tahu itu melibatkan impian kamu.
debat, tetap masih di sini menanti kembalinya kamu.
doa kamu kekuatan kami...'

bila kita dihamparkan dengan pilihan,
memang kadangkala kita menjadi sukar.
keliru dan buntu!
apa pun kita perlu untuk memilih
tak kisah baik atau buruk,
bersih atau busuk,
terang atau gelap
kerana keputusan di tangan kita.
kerana hanya kita yang ada jawapannya!

menjadi penulis memang impian saya.
sungguh, sejak dahulu.
sekolah rendah lagi...
moga doa kalian semua menjadi kekuatan
untuk saya menempuh hari-hari mendatang.
tentang pilihan,
saya sudah pun memilih. muktamad!
mudah-mudahan impian saya
untuk menghasilkan novel akan terlaksana.
terima kasih semua...!

-saya mahu melompat tinggi. setinggi langit biru!

-saya mahu terbang segagah helang. mengejar pelangi hingga hujung dunia!

4 comments:

  1. kejarlah pelangimu hingga hujung dunia!
    dan dunia ini sesungguhnya tidak pernah berpenghujung! amir boleh! amir boleh!!! friendz forever!

    :: Letak hati dan kakimu rendah di bawah dan gantung citamu setinggi angkasa raya!

    ReplyDelete
  2. All the best abang amir!!! You can doi it. If u ever published one success novel, i'll make sure, i'll get myself one of them!!! Selamat maju jaya abang amir! No matter which decision you have made, im sure God had prepare something for you. Good luck yah! :))

    ReplyDelete
  3. Cahaya Mataku : terima kasih...! moga berjaya dan terus berjaya.....

    ReplyDelete
  4. Samantha Tan : thankz alot dear! take care~

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails