Saturday, January 22, 2011

SiMpLE~

salam hujung minggu.
harap anda semua sihat,
supaya mudah untuk beribadah
dan melakukan apa jua pekerjaan.

hari ini saya dan beberapa orang
daripada ahli keluarga debat
ke hari terbuka Kolej Za'ba.
usai tamat latihan dalam jam 2,
kami terus ke sana.
saya, abg Fawiz, Hisham, Zalie, Din
dan Mus~satu-satunya wanita yang turut serta.

turun daripada kereta,
saya kata mahu buka jaket yang dipakai.
takkanlah mahu pakai jaket tengah-tengah panas kan?
terkeluar daripada mulut saya,
nak buka jaketlah. macam over saja.
lepas itu,
Mus kata begini
eh, bukan abg Amir memang over ke?
tengok tu bawa beg.
kita pun tak bawa beg. tengok, simple saja.

lepas tu saya terus terfikir.
bawa beg memang over.
lepas tu, tak bawa beg simple.
okey, lupakan walaupun persoalan terdesak! haha
hurm,
saya bukanlah orang yang terlalu simple.
bagi saya, beg itu perlu.
entahlah, sejak dulu saya memang
sering keluar dengan beg.
contonhnya pergi shoping ke, tengok wayang ke.
lantaklah orang nak cakap macam perempuan ke,
over ke. saya tak pernah kisah.

di rumah,
saya agak banyak koleksi beg.
dulu saya selalu beli beg di Maple, Mines.
saya ada beg Cleef, LV, Maple dan beberapa jenis lagilah.
cuma sekarang ini
saya pakai beg jenis Gucci
pemberian seseorang yang istimewa.
terima kasih!
saya bukanlah orang yang gila jenama,
cuma apabila saya suka dengan sesuatu rekaan,
saya akan beli.
tak kisah walaupun harganya beratus-ratus.
kualiti itu penting~

-bersama Kak Salina Ibrahim ketika MPR 2010.
motifnya mahu tunjukkan
beg yang dihadiahkan seseorang yang istimewa
yang saya masih pakai saat ini.
inilah beg gucci itu!

tentang isi dalam beg pula,
saya akan letak satu buku nota-saya akan tulis tentang
pelbagai perkara termasuk nota kuliah (rojak!).
buka nota kecil-jika ada idea tentang sesuatu cerita
atau terilham diksi atau ayat yang indah.
tapi sekarang guna telefon bombit sahaja!
juga mesti ada satu buku untuk dibaca,
tak kisah antologi cerpen, puisi, novel, buku ilmiah atau majalah.
supaya jika bosan boleh juga dimanfaatkan.
tisu, sapu tangan, kopiah, snow cap,
stoking, putik kapas dan alat tulis.
memang pelik kan?
pernah juga dulu saya sumbat berus gigi,
pencuci muka dan ubat.
itulah yang saya bawa ke hulu ke hilir.

-cantik? ini pula beg yang saya idamkan sekarang! oh!

itulah saya.
mempunyai beg yang dapat dimanfaatkan
adalah sesuatu yang indah! haha
pergi ke mana-mana
saya akan bawa beg Gucci itu,
yang tersimpan pelbagai rahsia di dalamnya. hehe
adik Mus,
ya, saya bukanlah orang yang simple.
seperti anda! haha

10 comments:

  1. hehehe, kite gurau2 jela abg amir :)

    ReplyDelete
  2. mus sangat simple, dua kali pi karnival, dua kali pakai baju kolej jah. semangat ke kolejan yg tinggi! hahaha.

    ReplyDelete
  3. Baguslah ber-beg, kalau kita ini jenis yang memang membawa banyak barang,contohnya buku catatan dan yang disebut dalam post ini,memang wajarlah bawa beg. Bukankah penulis memang memerlukan beg sandang. Malah kalau tak ada, semacam 'dosa' pula kepada penulis!

    Ah,pedulikanlah kata-kata orang!

    ReplyDelete
  4. cik Mus : gurauan bermakna. tak apa...

    ReplyDelete
  5. F. Aminurrashid : yeah, itulah bonda kelab debat! aha =)

    ReplyDelete
  6. bagus.. persediaan yg sangat bagus..
    mementingkan ketelitian,,

    ReplyDelete
  7. Shamsul Amin : yeah, itulah juga yang diajar oleh pensyarah ketika saya berada dalam lingkungan penulis UPSI. pensyarah UPSI=penulis, contohnya Dr. A. Halim Ali, En. Ariff Mohamad, En. Ghazali Din dan ramai lagi. mereka ini juga akan ber-beg ketika keluar ke mana-mana. moga ada manfaatnya. terima kasih penulis muda berbakat besar!

    ReplyDelete
  8. Cikgu Matt : terima kasih sudi singgah! ingat dah sibuk jadi orang kuat ni xsudi singgah... aha

    ReplyDelete
  9. aQbukanPuteriKepadaRaja : kalau boleh saya mahu semua ada.lengkap! aha

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails