Wednesday, December 01, 2010

nEnDa~

rutin saya kembali seperti biasa...
jalan2 ke teratak teman2 blogger.
biar pun masih ada lagi dua paper,
sabtu ini.
boleh jugalah menarik nafas lega-
walaupun sedikit! aha.

sambil menjengah teratak lain,
ada secawan nescafe di sisi.
mungkin hanya untuk alas perut.
sempat juga mencecah biskut lemak
ke dalam nescafe.
lega rasa anak tekak!

terus teringat kenangan lalu.
oh, nenek!
dulu masa duduk dengan nenek,
mesti rendam biskut dalam air- kopi atau nescafe.
sebelum pergi sekolah,
itulah yang jadi sarapan.
ingat lagi masa tu,
zaman sekolah rendah.
ish, rindunye dengan nenek!
sayang nenek...

Tuhan,
panjangkan umur nenek
agar dia dapat melihat hari gemilangku-majlis konvokesyen.
murahkan rezekinya dan lapangkan hidupnya.
aku mahu kau tahu,
kau anugerah bernilai buatku!
aku hadiahkan al-fatihah ini
demi melawan rasa rindu.
moga nenek baik2 saja!


cuti ni tunggu saya balik ya!

2 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails