Thursday, August 26, 2010

BiNGkisAN istimEwA buAt boNDa~


25 Ogos ialah hari lahir bonda.
tahun ini saya buat kejutan
dengan terjah balik ke rumah...
sepatutnya saya mahu balik
selepas habis kelas,
dalam lepas zohor atau asar
tapi banyak kerja yang perlu dibereskan,
lagi pulak takde siapa yang sudi teman...
masing2 sibuk,
minggu hantar tugasan,
minggu penat dan tenat,
apapun kena hadapi jugak!!

selepas berjumpa pendebat
yang akan ke PERAMAH jumaat ini,
jam 11pm terus bertolak balik
dengan berbekalkan AMERICAN BROWNIES.
rasenye dah pernah beli mase bufday Afiq dulu,
tapi dah tak ada pilihan di Secret Recipe TM,
maka saya beli sahaja
apa yang ada...
edisi kejutan saya kali ini pula
ditemani tiga orang wanita gigih ini,
yang sering berkongsi segala rasa,
yang pernah jatuh bangkit bersama,
yang selalu berjuang hingga ke akhirNya...

Kak Nadia, Kakak (panggilan dulu), Kak Eni~


apapun,
untuk bondaku,
SELAMAT ULANG TAHUN KELAHIRAN.
semoga kerahmatan dan kebahagiaan ALLAH
sentiasa melimpahi ruang hidupmu...
nantikan puisi BONDAKU SATU ANUGERAH,
sebagai bingkisan istimewa buatmu...

Bondaku satu anugerah,
biar denai hidup
dilalunya amat payah,
dia hanya tahu untuk bertabah
dia hanya mengerti untuk berserah
dia sesekali tak pernah menyerah
kerana bondaku insan gigih berkudrat gagah,
*sedikit sedutan daripada puisi BSA~

*hari pendaftaran d UPSI~

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails