Thursday, August 12, 2010

eDisi tAzkiRaH RamaDHan~

sekadar perkongsian bersama.
Ramadhan sering dikaitkan dengan
bulan beribadah, mengumpul bekal
untuk kampung akhirat.
hari ini saya ingin berkongsi
tentang TAKABBUR...

takabbur sebenarnya adalah hak mutlak
dan eksklusif, khas untuk ALLAH.
tidak ada sesiapa pun yang
boleh mencabarnya...
anda mampu??
saya tidak!
jika anda mampu mencabarnya,
silakan...

masih ingatkah anda dengan kisah Iblis?
yang enggan bersujud dengan bapa manusia.
Si Iblis rasa dirinya terlalu hebat,
diciptakan daripada api panas membara.
hakikatnya,
rasa takabbur mengusai seluruh jiwa raga.
akhirnya, api neraka dan azab siksa
balasan Sang Maha Pencipta.
ingatkah juga anda dengan Firaun?
Namrud? Qarun? Haman?
Abu Jahal dan Abu Lahab?
mereka juga merupakan antara
ikon2 takabbur yang menolak kebenaran
dalam keadaan mereka tahu ianya satu
K.E.B.E.N.A.R.A.N!!

Imam Ahmad bin Qudamah al-Maqdisi
menyatakan bahawa bahana takabbur
yang menimpa manusia ada
TIGA PERINGKAT iaitu
hati
perbuatan dan
tutur kata...

-sifat takabbur yang mendiami HATI-
mereka merasakan bahawa dirinya
lebih hebat daripada manusia lain.
mereka merasakan insan lain
lebih hina, rendah darjat, lemah dsbg...
inilah manusia yang ada penyakit hati,
sering mendengki dan selalu menyakiti.
menilai manusia lain dengan akal iblis,
bukan dengan mata hati dan ruang fikir.
tak mahu kalah dalam segenap perkara,
kerna dirasakan diri begitu sempurna...

-sifat takabbur yang dizahirkan melalui PERBUATAN-
peringkat kedua ini,
sifat takabbur diterjemahkan kepada sikap.
gaya bahasa badan si takabbur
jelas menzahirkan sifat tersebut.
tidak ingin duduk bersama mereka yang tidak setaraf,
tidak mengendahkan golongan tertentu,
menjelingkan mata dsbg.
yang hitam tak mahu berkawan,
yang bodoh tidak dilayan,
sering merasa dirinya hebat
dalam semua perkara.
mengatasi kebolehan diri sendiri,
mencabar hak Pencipta seisi bumi...

-sifat takabbur yang terucap melalui UCAPAN-
demi sebuah pengiktirafan,
sifat takabbur dizahirkan melalui
kenyataan2 yang membangga diri.
kelebihan diri dicanang merata dengan hujung lidahnya.
aku pandai dalam ini,
aku bagus dalam itu.
setakat lari 50m,
nenek aku yang tua pun blh...

renungkanlah,
sifat takabbur ini bercambah
dari sekecil zarah yang mendiami hati
hingga terungkap lewat lidah si bongkak.
hakikatnya,
manusia meraikan takabbur
bermodalkan nikmat dan kurniaan ALLAH.
layakkah kita bermegah?
"sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi ALLAH
ialah orang yang paling bertaqwa
di antara kamu"...

jujur,
saya sangat takut dengan penyakit hati.
riya', takabbur, ujub, sum'ah.
moga dengan kehadiran Ramadhan kali ini
akan menjadikan kita hamba yang merendah diri,
tawaduk dan sentiasa ikhlas.
rebutlah setiap pahala yang berganda
saat kita berada di dalam kem Ramadhan ini.

~semoga dirahmatiNya~

2 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails