Saturday, August 07, 2010

tEntaNg dEbat NC


mungkin sudah agak lama
mungkin cerita sudah basi,
mungkin anda dah bosan,
tapi saya tetap mahu coretkan...

biar sudah berlalu
debat Naib Canselor [NC],
namun terasa baru semalam
berlangsungnya pertandingan ini.
untuk edisi kali ini,
saya telah diamanahkan untuk menjadi hakim.
walaupun pada mulanya,
rasa tak mampu untuk menggalas tanggungjawab ini,
saya sahut juga cabaran sifu2 sekalian...

pada mulanya,
memang berhajat mahu masuk bertanding,
tetapi tiada rezeki...
anggap sahajalah rezeki saya di tempat lain.
sekalipun tidak dapat ke pentas akhir,
[sah2la, da tak masuk!!]
namun,
saya telah dipertanggungjawabkan oleh
Incik Pengarah menjadi
Tuan Yang Dipertua Dewan.
maka,
dapat jugalah saya menjejakkan kaki
ke pentas akhir walaupun
bukan sebagai pendebat...
huhu~

mungkin ini antara coretan saya
yang terpanjang di laman maya ini...
saya akan mulakan penceritaan
dengan cerita tuan pengarah,
Encik Pawiz...


beliau memang seorang yang gigih,
biarpun banyak cakap belakang,
[biaselah, manusia xpernah puas!!]
biarpun banyak insiden yang berlaku,
biarpun 'rumah siap pahat berbunyi',
namun,
dia kelihatan tenang,
walau hakikatnya manusia
dianugerahkan dengan hati dan perasaan,
tak pernah tgk dia marah membabi buta,
baginya,
DIAM ITU LEBIH BAIK....

untuk edisi debat NC kali ini,
semua sedia maklum
bahawa beliau merupakan tuan pengarahnya,
bagi saya,
kerja beliau bagus,
mungkin anda tidak pernah bekerja dengannya,
jadi anda hanya tahu nak komen!!
kita manusia biasa,
ada akal untuk mentafsir,
ada hati untuk menilai,
jadi,
bertindaklah secara rasional.
duhai mulut2 puaka, tongkang dan longkang,
berhentilah bercakap belakang
mari kita fikir bersama,
jangan asyik dicari salah orang,
mungkin kelemahan yang ada pada kita
akan dibantu oleh kekuatan insan lain,
dan mungkin juga kekuatan yang kita ada
akan melengkapkan kelemahan manusia lain...
jadi??
kita saling melengkapi,
berjemaah kan lebih baik,
mengapa tidak kita bersatu??
oleh itu,
mewakili incik pengarah sendiri,
[tetibe jah!!]
saya memohon jutaan kemaafan kepada
sesiapa yang tak puas hati,
xsuka, benci, bengang
dan segala bagai perasaan iri hati tu,
maafkanlah beliau,
juga
deligasi urusetia debat NC kali ini.
nyahkan segenap sifat mazmumah yang ada,
percayalah,
tiada manusia yang serba sempurna,
kita bukannya maksum
dan dijamin syurga,
jadi,
tegurlah dengan profesional
untuk kebaikan edisi akan datang.
apapun,
tahniah untuk Incik Pawiz!!
terbaik wookkkk~



tentang wanita gigih dan tabah ini??
ya, nama beliau Nadia Fitriyana,
teman seangkatan memanggilnya Cik Nad.
kami pula [junior2] panggil Kak Nad...
first time saya jumpe beliau
ketika debat PERMAS,
rupanya senior saya,
sama2 ambil kos Pendidikan sejarah.
bagi saya,
beliau merupakan antara wanita2 gigih
yang pernah saya jumpa di bumi
yang melahirkan barisan pendidik ini.
biarpun ramai yang membenci,
beliau seakan sudah lali.
setakat kejian dan hinaan,
bagai sudah sebati dalam dirinya.
semangatnya tidak pernah luntur
walau ramai manusia degki
yang cuba untuk menjatuhkannya.
beliau seperti biasa,
seakan tiada apa2 yang berlaku,
yang terlihat hanya konsep redha dan pasrah.
ternyata beliau memang kental!!
kental semangat dan jiwa...

dalam arena debat,
kami pernah berjuang bersama.
debat IKIM,
debat Integriti [saya pengiring]
dan debat alam sekitar...
bagi saya,
beliau antara sifu saya
dalam dunia perdebatan.
pernah satu ketika dahulu,
saya mahu mengundur diri dalam dunia debat,
kerana terasa ting tong-sifar!!
tak nampak kes,
tak tahu buat pertikaian,
tak faham penghujahan...
bila dikenang kembali,
akan tergelak sendiri.

beliaulah yang banyak memberikan perangsang,
mengajar buat pertikaian,
menunjukkan cara berdebat dll.
sangat berharga setiap ilmu itu,
bukan sahaja daripada beliau,
tetapi daripada semua sifu
yang pernah mencurahkan ilmu debat
kepada saya.
yang sudi tunjuk ajar buat diri ini,
benar,
saya menjadi saya hari ini,
kerana kalian!!
terima kasih untuk segalanya....

buat adik2, teman seperjuangan...
tahniah dan syabas!!!
gabungan lama dan baru,
Azli, Hisham dan Firdaus-wakil KUO
telah diangkat menjadi juara debat NC
untuk edisi kali ini...
janganlah sesekali cepat berpuas hati,
teruskan meneroka ilmu
untuk memperbaiki kelemahan diri...
percayalah,
semakin kita meneroka,
semakin kita kenal kebodohan diri,
semakin kita kenal kelemahan
serta kekurangan yang perlu
untuk kita baiki dari hari ke hari...

-trio lelaki KUO~johan-

buat trio wanita ini,
Erni, Mus & Poly,
syabas juga kerana melayakkan diri
ke pentas akhir...
teruskan belajar,
jangan pernah puas
dengan apa yang ada hari ini...
selamat berjuang~

-trio wanita KHAR~naib johan-

buat yang lain2,
saya sangat berbangga
dengan bakat dan potensi anda...
biarpun baru sem 1,
tapi semangat yang ditunjukkan,
membuatkan saya kagum!!
jangan berundur,
jangan mengalah,
teruskan berjalan tanpa henti,
teruskan berjuang penuh misi!!

-wakil pendebat dr KZ-

-Haireyl, Zalie, kak Z~KHAR-

-KUO vs KAB~hakim pertama kalinya-

buat teman2 KAB,
coretan ini istimewa untuk anda...
mengapa mudah benar kalian patah hati?
mengapa cepat sungguh kalian mengalah?
tak percayakah kalian
dengan konsep tiada rezeki??
mengapa perlu diungkit jika
sudah berkali-kali mencuba,
namun tidak juga berjaya??

percayalah,
rezeki itu sudah ditetapkanNya.
kenapa perlu dicanang,
5 pendebat terbaik liga daripada kAB
membuktikan anda layak ke final...
5 pendebat terbaik liga daripada KAB
membuktikan anda ternyata hebat...
bukan begitu teman...
terbaik tidak semestinya hebat,
dan yang hebat tidak semestinya juara!!

seni perdebatan itu indah,
saya belajar banyak perkara
melalui dunia debat.
tentang manisnya ukhuwah,
tentang ranumnya keikhlasan,
tentang persahabatan, kedewasaan
dan kehidupan!!
mengapa perlu dicalari hubungan ini
dengan kata nista??
mengapa perlu dicincang jalinan ini
dengan pedang benci dan iri hati??
perjuangan kita bukan sahaja
mengejar mahkota juara,
ayuh,
perbetulkan semula nawaitu,
bersihkan semula ruang hatimu,
satukan kembali jiwamu
agar kita terus kuat,
membina kubu pertahanan
untuk terus berjuang
di medan perdebatan ini....

yang berlalu itu,
jadikan pengajaran...
mungkin kita sentiasa
rasakan diri kita sahaja betul,
manusia begitu rencam,
pelbagai gaya dan juga ragam.
mungkin ada sebab mengapa anda
tiada rezeki untuk ke pentas akhir.
jangan sesekali melawan takdir ALLAH,
setiap yang berlaku pasti ada hikmah...

jadi,
sekadar ingatan bersama,
perjuangan kita ini
tiada noktahnya...
jangan kalian terus mengalah!!

-kalau dapat msk debat NC, nilah kokonon teamnye!!-
prasan je lebey~


-sifu2 ku juga-

tentang kalian semua...
terima kasih tak terhingga
kerana sudi menerima insan kerdil ini
menjadi sebahagian daripada hidup kalian.
telah kita tempuh suka duka perjuangan,
pahit manis perjalanan
demi mengejar mahkota kejuaraan...
saya bangga menjadi sebahagian
daripada kalian.
saya kagum dengan semangat juang
yang ada pada kalian,
yang saya kira
turut mengalir dalam diri kerdil ini
tanpa sedar!!

-penjaga masa, pembawa piala & Tuan Yang Dipertua Dewan-


bebunga mahabbah ini akan
kupastikan sentiasa mekar
di ladang waqafan,
yang banyak mentarbiahku tentang
K.E.H.I.D.U.P.A.N
untukku terus menjejak
~K.E.D.E.W.A.S.A.A.N~

-memori tercipta-

4 comments:

  1. Sangat setuju berkenaan pendapat anda ttg abg fawiz dan kak nadia.
    abg fawiz sangat penyabar, kak nad pula sangat supportive!
    >Harus dicontohi dan diikuti.

    ReplyDelete
  2. mereka insan berjiwa kental!!

    bergigih demi yang tersayang~

    ReplyDelete
  3. Amir: wah touching.. tp yg lebih touching pasal kawan-kawan seperjuangan di KAB..sangat mendalam, ihklas, dan bermakna.. sy sendiri pun x tahu nak cakap ape.. thanks amir ;D

    ReplyDelete
  4. most welcome Incik pengarah!!

    sangat kagum dgn anda~~

    moga dengan tulisan ini, mereka sedar yang mereka

    masih lagi disayangi...

    kita berlu bersatu, luruskan saf, kuatkan semula

    benteng pertahanan...!!

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails