Wednesday, November 10, 2010

DoA hAmbA~



Umat Islam seluruh dunia digesa bersatu menadah tangan berdoa beramai-ramai pada jam 1800 GMT pada Hari Arafah 16 November bersamaan 9 Zulhijjah ini.

Atas keyakinan ‘doa adalah senjata orang Islam’, muslim di seluruh dunia digesa berdoa 10 minit pada hari tersebut untuk kesatuan dan kesejahteraan ummah.

Inisiatif ini dianjurkan oleh Global Prayer 2010 for Palestin, Peace and Unity.

“Semua muslim di seluruh dunia, digesa bersatu dan mengangkat tangan bersama berdoa secara besar- besaran

“Doakan agar Allah SWT melindungi umat Islam yang dizalimi seperti di Palestin, Pakistan dan di seluruh dunia dan kembalikan keamanan,” kenyataan ini dipetik dalam web mereka .

Selain itu, mereka juga mahu stesen televisyen, internet dan stesen radio menghebahkan perkara tersebut untuk tujuan lebih ramai menyertai Global Prayer tersebut.

“Kita khabarkan kepada semua agar boleh kumpulkan umat Islam dengan jumlah yang besar pada hari yang mulia ini untuk membantu saudara Islam kita.

“Bolehkah kita meluangkan 10 minit dari masa kita untuk memohon pertolongan Allah?” soalnya.

Pada hari tersebut juga, umat Islam di seluruh dunia disunatkan berpuasa...



susah sangatkah mahu berdoa?

bukankah doa itu senjata mukmin...

marilah sama-sama kita lapangkan sedikit masa

tadahkan tangan, bisikkan secangkir doa.

biarpun secebis usaha kita

tapi percayalah bahawa akan ada

nilainya di sisi ALLAH!


mungkin 10 minit itu tiada erti

tak berharga dan tiada makna,

tapi 10 minit itu berharga

demi umat Islam seluruhnya.

siapalah lagi yang akan terus bersama Islam

jika bukan kita?


"Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan
doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur
daripada beribadah dan berdoa kepada-Ku,
akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina"
(Al-Ghafir:60)

6 comments:

  1. blog walking here :D... ape2 pown entry niyh menarik sgt.. kdng2 kita ta sedarkan... betol tuh dgn doa adlh senjata mukmin.. tapi kene ada usaha juga :)

    ReplyDelete
  2. salam...

    moga Allah selamatkanlah rakyat Palestin yg tertindas tu..

    mohon follow...

    ReplyDelete
  3. Bismillah.. Salam..
    Bukan susah untuk berdoa, tapi azhir zaman hampir tiba, tiada siapa yang mengetahuinya...
    Kiamat akan tiba bila tiada lagi hamba yang mengingati atau menyebut perkataan Allah dibibr mereka..
    Wslm..

    ReplyDelete
  4. salam...
    betul DeCrewz..
    ana setuju...
    allah... allah...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails