Monday, November 15, 2010

DuNia sAstERa~


assalamualaikum semua.
oh, dunia sastera!
hurm,
sastera ialah minor saya.
untuk semester ni,
saya ambil kursus kajian manuskrip
dan teori kritikan sastera...

kenapa saya ambil sastera?
mungkin jauh bukan,
major sejarah ambil minor sastera.
saya ambil sastera sebab saya minat.
mahu menambahkan lagi ilmu penulisan,
lapangan puisi dan seangkatannya.

entri ini saya hanya mahu cerita tentang pensyarah saya.


Dr. Abdul Halim Ali!
ya, saya suka kelas beliau.
seronok walaupun agak sukar
untuk memahami teori2 dari barat dan Malaysia.
melalui kelas ini jugalah,
saya dapat mengenali tokoh sastera negara
dengan lebih dekat dan rapat.
Mana Sikana, Muhammad Haji Salleh dan ramai lagi!
beliau sangat berilmu dalam teori dan kritikan ini,
membuatkan saya sangat kagum!

lihatlah kritikannya dalam majalah Tunas Cipta,
diterbitkan setiap bulan.
beliau kritik setiap puisi yang tersiar dalam majalah itu.
puisinya juga saya minat.
amat puitis dan dekat di jiwa!
wahai api, jadilah dingin jadilah embun
membuatkan kita rasa terbuai dengan diksi2nya.
aduh, memang teruja!

terima kasih Dr,
kerana sudi mencurahkan ilmu!

2 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails