Monday, November 15, 2010

eRTi ciNciN~


salam hari Isnin.
moga minggu ini terus diberi kekuatan
untuk meneruskan perjuangan!

hari ni saya mahu cerita tentang cincin.
dalam adat Melayu,
cincin merupakan satu tanda.
ketika merisik,
cincin dibawa sebagai tandanya.
bertunang dan nikah juga begitu.
cincin bagaikan tanda satu ikatan
antara lelaki dan wanita.
ada juga cincin
yang melambangkan persahabatan.
macam2 bukan...


baik.
bercerita tentang cincin,
saya memang suka pakai cincin.
sejak tingkatan 6,
saya akan pakai cincin
jika keluar rumah,
hang out, shopping dsbg...
sekarang pun,
saya ke kuliah,
mahu makan, keluar meeting,
saya akan pakai cincin.
bagi saya cincin itu aksesori.
sekadar mencantikkan jari!
aha.
persoalannya, cantik ke?!

nak dijadikan cerita,
masa tingkatan 6 dulu
bilangan kami tak berapa ramai.
biasa lah tak ramai nak masuk tingkatan 6,
takut susah (cuma momokan saja!)
ada sekali tu,
kami pergi pesta buku.
jadi saya pakailah cincin
-sebab ke sekolah haram pakai cincin!
kawan perempuan saya sorang ni tanya,
weh, ko dah tunang ke?
dgn konfidennye
saya angguk. aah.
dia ternganga. padahal saya gurau saja!

hebohlah di sekolah lepas tu.
weh, jgn dekat dgn amir,
dia dah bertunang!
saya pun terfikirlah jugak.
apa cincin tu tanda dah berpunya ke?
pelik!
di universiti juga sama.
bila saya keluar makan
atau berjalan ke,
jumpa kawan baru.
atau kawan kepada kawan,
lekas2 mereka akan terpandang
jari saya yang tersarung cincin tuh!
adoi.
mesti mereka ingat saya ni dah berpunya kan...
ataupun saya sudah dimiliki orang!

bagi saya,
cincin itu satu aksesori.
juga satu daripada sunnah nabi.
mungkin sesetengah orang akan berfikir
cincin itu menandakan seseorang sudah berpunya.
terserahlah...


-cincin di bahagian tangan kanan itu cincin saya.
cincin berwarna ungu itu milik abg Adnan. saya pinjam.

erti cincin bagi anda?

4 comments:

  1. erti cincin bagi sayer, tanda sy sudah dimiliki orang.. kalo sy single.. tanda sy pakai sesajer... er..

    ReplyDelete
  2. aha. boleh diterima..!!
    semoga berbahagia~
    ngeee

    ReplyDelete
  3. bagi saya...perhiasan & tanda...tapi sekarang kbnykannya pakai cincin sbg perhiasan shj (mcm saya..huhu)

    ReplyDelete
  4. cikgu Waniey: yeke anda pakai sbg perhiasan?
    tiada tanda apa2? aha

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails