Tuesday, November 16, 2010

iNdAhnyA ZuLHiJJaH~

assalamualaikum warahmatullah.
alhamdulillah,
hari ni dan semalam
aku dan Sham dapat berpuasa.
esok sudah Aidil Adha.
kenanglah erti pengorbanan!
buat mereka di tanah permai,
moga mendapat haji yang mabrur...
moga ALLAH melimpahkan
rahmatNya ke seluruh mayapada.

sekadar perkongsian bersama...


Nabi SAW. bersabda yang bermaksud; "Tiada sesuatu hari yang mana
orang beramal soleh di dalamnya yang lebih disukai Allah
daripada hari-hari ini(yakni permulaan Zulhijjah dari 1 hingga 10).
Sahabat bertanya: Walaupun jihad fisabiliLlah ya Rasulullah?
Jawab Rasulullah SAW.; Walaupun jihad fisabilillah
kecuali seorang keluar dengan membawa semua hartanya
dan tidak kembali sama sekali (yakni habis hartanya dan mati)."
Salah satu cara yang telah dianjurkan oleh agama kita
ialah dengan berpuasa sunat pada tanggal 1 hingga 9 Zulhijjah.
Kelebihan berpuasa pada hari itu berbeza-beza pula,
menurut sebuah Hadis yang telah diriwayatkan oleh Ibnu Abbas r.a.,
Rasulullah bersabda maksudnya;

1 Zulhijjah - Kesalahan Nabi Adam diampuni Allah, barang siapa berpuasa pada hari itu,
diampuni Allah akan dosanya.

2 Zulhijjah - Doa Nabi Yunus diperkenankan oleh Allah,
barangsiapa berpuasa pada hari itu seolah-olah ia berpuasa setahun
dan tidak pernah berbuat maksiat sedikit pun.

3 Zulhijjah – Doa Nabi Zakaria diperkenankan Allah,
barang siapa berpuasa pada hari itu, diperkenankan Allah segala doanya.

4 Zulhijjah – Nabi Isa a.s. telah dilahirkan, barang siapa berpuasa pada hari itu
terhindar ia daripada kefakiran serta kemelaratan
dan pada hari kiamat kelak ia akan tergolong
bersama dengan orang-orang terhormat.

5 Zulhijjah – Nabi Musa a.s. dilahirkan, barang siapa berpuasa pada hari itu
terlepas ia daripada sifat munafik serta seksa kubur.

6 Zulhijjah – Allah membukakan pintu kebajikan kepada Nabi-NabiNya,
barang siapa berpuasa pada hari itu ia akan dipandang oleh Allah
dengan penuh rahmat dan kasih sayang serta terlepas daripada azab.

7 Zulhijjah – Pintu neraka jahannam akan dikunci dan dibuka semula lewat 10 Zulhijjah.
Barang siapa berpuasa pada hari itu, dikuncikan Allah baginya 30 pintu kesulitan
dan dibukakan 30 pintu kesenangan.

8 Zulhijjah – Nabi Ibrahim bermimpi mendapat perintah dari Allah
supaya menyembelih puteranya Ismail.
Seharian ia berfikir apakah perintah itu datangnya dari Allah atau dari syaitan.
Hari itu telah dinamakan dengan dari "Tarwiya" (hari berfikir-fikir).
Barang siapa berpuasa pada hari itu ia akan diberi Allah pahala
yang tidak terhitung jumlahnya, hanya Allah yang mengetahui.

9 Zulhijjah – Turun ayat terakhir kepada Rasulullah s.a.w. yang tersebut dalam surah al-Ma'idah,
ayat 3. Menurut sejarah, 81 hari setelah ayat ini diturunkan
iaitu pada hari Jumaat tanggal 9 Zulhijjah tahun 9 H
ketika Nabi wukuf di Arafah, baginda pun wafat.
Pada hari itu juga Allah memberitahu kepada Nabi Ibrahim
bahawa perintah menyembelih anak itu sememangnya
adalah perintah dariNya bukan dari syaitan.
Justeru hari itu dinamakan hari "Arafah" (hari tahu).
Barangsiapa yang berpuasa pada hari itu
akan diampunkan Allah dosanya setahun yang lalu dan setahun yang akan datang.

10 Zulhijjah - Adalah Hari Raya Aidul Adha (korban)
dinamakan juga hari "Nahar" (menyembelih).
Barang siapa berkorban pada hari itu dengan seekor korban,
maka setiap titisan darah yang mengalir dari leher haiwan itu
akan diampuni Allah akan dosanya serta dosa ahli keluarganya.
Barang siapa yang bersedekah dengan memberi makanan
kepada fakir miskin atau satu sedekah pada hari itu,
maka ia akan dibangkitkan oleh Allah pada hari kemudian
dalam keadaan aman dan sentosa
serta timbangan amal baiknya lebih berat
daripada Bukit Uhud yang terdapat di Madinah.


Menurut pandangan beberapa ulama, mereka yang memuliakan bulan zulhijjah bakal menerima ganjaran seperti berikut :
1. Berkat pada umurnya.
2. Bertambah hartanya.
3. Kehidupan rumahtangganya akan terjamin.
4. Membersihkan diri daripada dosa dan kesalahan yang telah lalu
5. Amal ibadat serta kebaikannya akan berganda.
6. Allah akan memudahkan pada saat kematiannya.
7. Allah akan menerangi kuburnya selama berada di alam barzakh.
8. Allah akan memberatkan timbangan amal baiknya semasa di Mahsyar.
9. Selamat daripada kejatuhan kedudukannya di dunia.
10. Martabatnya akan dinaikkan pada sisi Allah.

3 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails