Sunday, November 14, 2010

mAHu kAHwiN~

mesti terkejut kan?
baru tajuk je tuh...
bukan aku yang nak kahwin,
tapi mahu kongsi tentang isu kahwin.

kahwin awal?
awal yg macam mana?
lecturer aku penah cakap dlm kelas,
lelaki elok kahwin dlm umur 29.
awal ke tu?
hurm, sekarang ramai juga yang kahwin awal
iaitu dalam kalangan remaja, pelajar.
maksud aku,
23 thn ke bawah-sebaya2 aku larr...
sebabnya?
cinta. terlalu sayang!
nak jauh daripada dosa. hindari zina!
nak lorongkan nafsu ke jalan yang benar...

namun,
tahukah kita konsep kahwin itu?
bukan aku nak salahkan kahwin awal.
bukan.
aku tahu dan sedar
perkara ini ada pro dan kontranya.
masing2 ada pendapat sendiri.
aku tahu tentang itu.
cuma sedarkah kita perkara yang perlu dinilai
untuk membina rumah tangga?

alasan mahu berumah tangga,
kerana cinta...
nak elak dosa...
nak tahan nafsu yang membara!
agak klise bukan??
ramai yang ingat kahwin tu mudah.
hakikatnya,
bukan kahwin tu untuk sehari,
tatkala digelar raja sehari.
kahwin juga bukan sahaja bermaksud
'tiket' untuk pegang-pegang,
kahwin juga bukan satu percubaan.
bukan sekadar itu!



realitinya,
rumah tangga adalah madrasah pertama manusia.
majoriti kita lahir ke dunia
melalui institusi rumah tangga.
mungkin sebahagian kecilnya tidak!
tapi melalui institusi rumah tangga,
kita akan 'dilepaskan' ke institusi2 lain.
ibu dan ayahlah yang memainkan peranan
mencorakkan anak menjadi apa...
Islam, Majusi, Kristian mahupun Nasrani!
melalui rumah tangga yang dibina inilah...


rumah tangga juga bukan untuk sehari dua.
rumah tangga merupakan satu perjalanan yang panjang.
kita akan lebih mengenali pasangan.
memahami dan saling menghargai!
rumah tangga bukan hanya ketika hari pernikahan.
selepas itu, dirobohkan! nauzubillah!
juga bukan juga sekadar memuaskan nafsu,
cintan cintun dan menjauhkan diri drpd dosa.
bukan!
tapi meliputi untuk membuat lebih banyak kebaikan.
dgn membina rumah tangga yang bermanfaat utk Islam,
mampu memberi sumbangan kepada Islam.
dengan lahirnya anak2 soleh.
rumah tangga juga membawa interpretasi cinta sebenar.
iaitu hendak bersama hingga ke syurga!

apabila berbicara tentang rumah tangga,
maka akan timbul tentang isu kemampuan.
bukan melihat mampu dari segi harta.
wang ringgit saja!
tapi menilai kemampuan mengurus diri.
kalau yang lelaki mahu kahwin pun
dirinya masih lagi tak terurus,
ada juga keinginan mahu kahwin!
tahu urus diri dan berdikari.
cuba kita bandingkan remaja 17 tahun sekarang
dengan tok nenek moyang kita
masa umur mereka 17 tahun dulu.
mereka memang tiada masalah untuk kahwin awal.
sebab mereka mampu...
lebih matang dari usia.
jadi,
kalau kita tak mampu berdikari
mana mungkin pula mampu untuk jaga isteri.
dan ingat,
bukan juga jaga untuk sehari dua!
fikirkan pula natijahnya.
ini tentang perjalanan yang panjang!


jadi,
fikirlah sendiri.
bukan tak setuju dengan isu kahwin awal.
cuma jika tujuan berumah tangga tidak jelas,
atau yang mendirikan rumah tangga tak matang,
tak mampu,
akan memberi kesan buruk kepada ummah!
penceraian, anak tak terurus,
kepincangan, anak terbiar,
kehidupan tak bahagia,
dan yang lagi buruk kemerosotan kualiti masyarakat
dan berlaku kepincangan ummah...

maka,
kahwin awal hakikatnya
bukanlah penyelesaian kepada masalah cinta,
nak menjauhi dosa dan mengekang nafsu.
bukan!
ini isu besar.
tengoklah masalah buang bayi sekarang.
budak 11 tahun pun dah bersalin
dek kerana dirogol bapa saudara sendiri.
ini juga bukan hal main2!
jadi,
jika mahu kahwin
fikirlah soal kemampuan.
fikirlah soal ummah dan generasi akan datang...
moga ada manfaat bersama~

Rasulullah SAW ada bersabda: “Wahai sekalian para pemuda,
barangsiapa di antara kamu yang mempunyai kemampuan
hendaklah segera bernikah,
kerana nikah itu lebih menundukkan mata
dan lebih menjaga kehormatan diri,
dan barangsiapa yang tidak mampu
maka hendaklah dia berpuasa.
sesungguhnya puasa itu baginya adalah benteng."
(Muttafaq ‘Alaih).

~Allahumma Solli ala Saiyidina Muhammad.
waala ali Saiyidina Muhammad~

10 comments:

  1. baiklah encik amir
    nnt kalau encik amir kahwin jemput iekah yerk

    ReplyDelete
  2. salam...

    ilmu rumahtangga perlu ada sebelum melangkah ke alam perkahwinan...

    ReplyDelete
  3. cikgu imanshah: sampai seru nanti, adalah jodoh tu...

    ReplyDelete
  4. iekah: jika sampai saatnya nanti, pasti akan dijemput... aha

    ReplyDelete
  5. sekamar rindu: salam. betul. jika belum bersedia, padah nanti...

    ReplyDelete
  6. bgus2....post kali nie menunjukkan kematangan
    dalam memikirkan soal perkahwinan... (boleh kahwin sudah nie)

    sy nie kahwin awal belum lg, kahwin lambat pun x pasti lg.... tp blh bg pendapat kan....

    idea kahwin awal nie diutarakan selepas idea penubuhan sekolah pelajar mengandung. Dalam erti kata lain sebagai jalan penyelesaian kepada masalah sosial di kalangan remaja.
    tapi banyak benda perlu dipertimbangkan, 2k jangka panjang dan jangka pendek.
    klu difikir-fikir x habis2 kan. remaja tidak kahwin2, masalah sosial bertingkat2...

    kahwin awal susah, tak kahwin awal pun susah...
    bila diberikan pilihan "kahwin awal" atau "Sekolah pejar mengandung"... kita sendiri kena fikirkan...)

    napa Kerajaan tidak tubuhk' ja "sekolah belajar p'gurusan rumah tangga 2k remaja yg telah berkahwin awal????"

    ReplyDelete
  7. tQ Fitriyani...
    aha, sy pon blm mampu jugak mahu kawin ni bha...
    hurm, bernas juga idea kamu tu...

    ReplyDelete
  8. kih2..:D
    amer dah brani menjelaskn isu tntang alam perkahwinan..sgt pnjg entry ye, ak bce yg awl2 jerk..x snggup nk bce smpi abes..pnat :P ape2 pon, besh ko puye entry kali ni!!! :)

    ReplyDelete
  9. aha.
    malas punye cik My!!
    huish, baca smpai habis...
    pengajaran nih!!
    aha

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails