Sunday, November 14, 2010

mARaH dAN bERjayA~



ketika makan tengah hari semalam
di meja berhampiran,
ada satu keluarga.
emak, ayah, 2 anak lelaki dan seorang perempuan.

saya mahu membasuh tangan.
emak : jangan cepat marah.
orang cepat marah ni tak berjaya dalam hidup tau.
saya cuma sempat pandang sekilas.
budak lelaki itu dalam lingkungan umur 9 ke 10 tahun.
saya terkedu!


oh, anak sekecil itu
sudah diberi nasihat sebegitu rupa.
baguslah...
saya tidak tahu apa yang anak kecil itu lakukan
hingga si emak nasihatkan begitu.
pujangga pernah berpesan,
melentur buluh biarlah dari rebungnya.


marah.
biasalah, itu salah satu sifat manusia.
juga anugerah perasaan daripada Tuhan.
cuma bagaimana cara kita melempiaskaan kemarahan itu.
kita tahu marah tu sifat syaitan.
mazmumah.
bila saya menjejak dewasa ini,
makin ramai saya kenal manusia.
apabila makin ramai manusia yang saya kenal,
makin banyak juga ragam yang saya hafal.
ada yang bila marah,
terus melenting membabi buta!
ada juga yang cuma berdiam diri,
tak mahu gangguan sesiapa dan apa2.
adu juga jenis bila marah,
luahkan kat seseorang
yang dia rapat dan percaya.
yang menulis meluahkan rasa
pun tak ketinggalan.
tak kisahlah di blog, FB atau apa saja.
tapi,
tahukan kita Islam sudah melorongkan caranya?

pernah saya baca,
jika kamu marah dalam keadaan sedang berdiri,
maka duduklah.
jika tidak mampu meredakan kemarahan itu,
baringlah.
andai rasa marah itu masih menguasai diri,
maka berwudhu'lah.
kerana marah itu datangya daripada syaitan.
api.
maka, api lawannya ialah air.
wudhu' boleh meredakan rasa marah itu.
hati pasti akan jadi tenang dan tenteram.



bila fikir2 balik,
betul apa yang si emak itu kata.
orang yang cepat marah tak berjaya dalam hidup.
bukan tak berjaya apa,
soalnya bagaimana kita kawal rasa marah itu.
jgn begitu keterlaluan.
jgn sampai marah yang mengawal diri kita,
biar kita yang kawal marah...

~senyum seindah suria.
tak perlu kata apa-apa!~

2 comments:

  1. marah sukar nak dikawal dlm keadaan tertekan..

    ReplyDelete
  2. hurm. betul....
    diri kita sendiri lah yang perlu kawal dengan baik...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails